Wednesday, November 18, 2009

Duit Duit


Ada mengadu tak cukup duit, tapi berbelanja macam jutawan

Ada mengadu tak boleh menyimpan, tapi sebenarnya boros


Islam dengan tegas menegah seseorang membeli barang melebihi keperluan hidup atau berbelanja melebihi pendapatan. Apatah lagi jika berbelanja melampaui batas untuk tujuan bermegah-megah. Kadang-kadang berbelanja sampai tahap membazir ataupun barangan yang dibeli tak digunakan langsung.

Sikap membazir ini menggambarkan tingkah laku orang yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah dan ia merupakan amalan syaitan.

“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Al-Israk: 26 – 27)


Ada pula terlalu sayang duit, sampai jadi kedekut


Meskipun digalakkan supaya berhemah, namun janganlah pula sampai ke tahap kedekut pula. Orang kata duit ni ‘berhantu’.Lagi banyak lagi rasa tak cukup. Kadang-kadang orang yang berharta menjadi semakin sombong dan tamak. Sepanjang masa terisi dengan aktiviti menimbunkan harta. Cinta kepada harta menebal sehingga ke tahap kedekut, hingga berat nak bersedekah dan mengeluarkan zakat. Orang yang beriman bukanlah orang yang kedekut seperti sabda Rasulullah,

“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya.” (Hadis riwayat Ibn Adiy)


“Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya; ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Jadinya sebagai kesimpulan, Islam menggalakkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dari semua aspek. Harta benda, wang ringgit bukan tujuan, tapi hanya sebagai alat. Jangan lupa keluarkan zakat kerana ia merupakan salah satu rukun Islam (bukan zakat fitrah saja yang wajib). Jangan lokek keluarkan sedekah, memberi makan dan menolong orang dalam kesusahan. Jangan mengharap balasan dalam setiap pertolongan. Dan janganlah berkira sangat dalam bab-bab duit muit ni. Dan janganlah pula mengungkit nanti jadi tak ikhlas dan timbul riak pula.

InsyaAllah dengan bersedekah dan berzakat, moga rezeki lebih berkat dan lebih murah. Sebagai penutup:


Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemah dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” (Hadis riwayat al-Ibn an-Najjar)

“Dan mereka yang apabila membelanjakan harta mereka tidak melampaui batas (tidak boros) dan tidak pula bakhil, tetapi (sebaliknya perbelanjaan mereka dalam keadaan betul dan sederhana antara kedua-dua cara (boros dan kedekut)” [Al-Furqan: 67]



Wednesday, November 11, 2009

Kita hanya musafir

Saat kematian datang tanpa mengira
Sihat atau sakit
Tua atau muda
Kaya atau miskin

kerana

kita hanya musafir yang didatangkan
hanya sementara menghunikan alam
dan pasti akan dijemput untuk pulang


Al fatihah untuk yang telah tiada, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman
Semoga yang ditinggalkan tabah dan sabar menghadapi kehilangan
Dan masa kita juga pasti akan tiba.. semoga Allah juga ampunkan dosa-dosa kita dan tempatkan kita dikalangan orang yang beriman.



"Ya Allah, kami memohon kepada Engkau keselamatan dalam agama, kesihatan badan, keberkatan rezeki, taubat sebelum ajal, kasih sayang saat ajal, keampunan setelah mati.
Ya Allah, mudahkanlah bagi kami saat menghadap sakaratul maut, keampunan ketika Hari Penghitungan, dan selamat dari api neraka.”

Monday, November 9, 2009

Go go chaiyok


Standing in the eye of the world

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba



Saturday, October 31, 2009

Rahsia si Kung Fu Panda


Saya memang peminat kartun animasi. Baru-baru ini kami ke Warehouse, (Warehouse buat sale DVD), setelah membelek-belek deretan DVD jumpa Kung Fu Panda. Sudah lama teringin nak menonton animasi ini, tapi belum kesempatan menyewanya. Dengan harga DVD original NZD 6 memang murah!

Mulanya masa mula menonton saya tidak ada apa-apa
expectation. Tetapi nyata ini bukan cerita kosong tapi ada moral of the story.

Kita sering mencari resipi kejayaan. Rahsia kejayaan yang kita cari itu sebenarnya umpama rencah rahsia (secret recipe) turun temurun si Kung Fu Panda:

"The secret ingredient of my secret ingredient soup is . . . nothing. There is no secret ingredient!"

Dan itulah yang diulang-ulang dan diajar… tiada rahsia, ia bergantung pada diri kita sendiri.

“..To make something special you just have to believe it's special.

“..There is no secret ingredient. It's just you.”



Hidup sebenar tidaklah semudah seperti dalam cerita. Perlu berusaha, jalan pasti berliku dan berduri, sesekali akan tersungkur dan terjatuh, tapi yang penting tidak putus asa. Kena terus berusaha. Dan perlu sentiasa percaya pada diri sendiri
“InsyaAllah, aku boleh”


“THERE ARE NO SECRETS TO SUCCESS. IT IS THE RESULT OF PREPARATION, HARD WORK, AND LEARNING FROM FAILURE”
- Colin Powell

Saturday, October 10, 2009





اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”

Thursday, August 27, 2009

Penghayatan Ramadhan


Hari ini merupakan hari ke enam dalam bulan Ramadhan. Bulan yang lebih baik seribu bulan, bulan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Berpuasa di bulan Ramadhan membawa pahala dan keuntungan bagi mereka yang melaksanakannya. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan sunat seperti terawih dan tadarus.

Namun dalam keghairahan melaksanakan ibadah besar ini, terkadang kita terlupa falsafah sebenar berpuasa jesteru puasa yang dilaksanakan agak tersasar dari cara yang diredai Allah SWT. Sudah satu perempat bulan ramadhan ini berlalu, elok rasanya untuk kita semak nilai puasa dan tingkat iman kita.

Ramadhan adalah madrasah yang melatih diri supaya dapat mengawal diri dari nafsu mazmumah dan sifat-sifat buruk. Tetapi pelbagai bentuk perilaku yang ditegah oleh agama masih tidak dapat dikawal dalam bulan ini; secara sengaja atau tidak; seperti membazir, melalaikan solat, melakukan aktiviti yang melalaikan, menghabiskan waktu dengan melepak di jalanan. Semua perlakuan ini dilakukan dengan alasan kerana letih sambil menunggu waktu berbuka.

Seringkali perasaan malas menyelinap masuk atas alasan yang dijadikan sandaran bahawa puasa sering dikaitkan atau sinonim dengan penat dan istirehat, sehingga membawa kesan negatif kepada produktiviti kerja yang cenderung menurun dan pudar.

Menolak pelbagai alasan negatif di atas, madrasah Ramadan sebaliknya mendidik kita untuk mampu lebih survival dan lebih memiliki semangat juang dan daya tahan fizikal dan mental yang kuat. Allah SWT memerintahkan puasa untuk menguji manakah kalangan hambanya mencapai tingkat takwa.


Darjat puasa

Abu Hamid al-Ghazali berkata, Ramadan itu mempunyai tiga darjat:

  1. Puasa umum iaitu puasa menahan diri daripada syahwat.
  2. Puasa khusus iaitu puasa menahan pendengaran, penglihatan, tangan lidah dan semua anggota daripada dosa.
  3. Puasa khawas al-khawas iaitu puasa hati dari mengejar perkara yang keji dan memikirkan tentang perkara duniawi serta menjaga seluruh anggota dari segala bentuk dosa. Puasa yang ketiga inilah (khawas al-khawas) merupakan puasa hamba-hamba yang soleh.

Ciri-ciri puasa orang soleh:

  • Menjaga penglihatan dari perkara yang dibenci Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Pandangan itu merupakan panahan daripada panah-panah iblis la'natullah, sesiapa yang meninggalkan pandangan tersebut kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakannya keimanan dan merasai kemanisan iman didalam hatinya. (riwayat al-Bukhari)


  • Menjaga lidah daripada berkata dusta, ghibah, mengadu-domba dengan sentiasa mengingati Allah SWT, dan membaca al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah dia berkata keji , jika ada yang memeranginya atau mencercanya maka katakanlah: Aku sedang berpuasa. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim).


  • Menjaga pendengaran dari perkara yang dibenci Allah SWT seperti mendengar perkara yang dusta. Justeru Allah SWT meletakkan kedudukan yang sama bagi pendengar kata dusta dan golongan yang suka memakan segala yang haram.

Firman Allah yang bermaksud: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). (al-Maidah: 42)


  • Menjaga seluruh anggota tubuh badan seperti tangan, kaki dan perut daripada perkara yang larang. Tidak memperbanyakkan hidangan atau juadah berbuka puasa sehingga menyebabkan berlaku pembaziran. Tidak memakan hidangan yang syubhat dan haram ketika berbuka puasa.

Berpuasa tapi tiada apa

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Barangkali di kalangan hamba yang berpuasa tetapi tidak mendapat suatu pun (pahala) daripada puasanya melainkan semata-mata lapar, dan barangkali di kalangan hamba yang melakukan qiam (qiamulail) tetapi tidak mendapat suatu pun (pahala) daripada qiamnya melainkan berjaga malam semata-mata. (riwayat Ibn Majah)

Kalangan ulama berpendapat bahawa golongan yang dimaksudkan melalui hadis ini ialah pertama, iaitu orang yang berpuasa tetapi berbuka dengan makanan yang haram.

Kedua, orang yang menahan dari makanan yang halal dan berbuka dengan ghibah (memakan daging saudaranya) yang diharamkan.

Ketiga, orang yang tidak menjaga anggota tubuhnya daripada melakukan segala bentuk dosa. (al-Ghazali: Ihya' 'Ulum al-din)


Indahnya Ramadhan

Sesungguhnya, detik Ramadan apabila dijalani dengan penuh takwa, sabar di samping kerendahan hati mampu menyingkap hijab ketinggian hati dan kesombongan sehingga seorang Muslim akan mampu menerima segala tuntunan dan tuntutan agama ini dengan hati yang lapang.

Setiap amal kebaikan seorang Muslim selain puasa akan dibalas dengan ganjaran kebaikan yang tertentu dan setimpal. Adapun amalan puasa, tidak diketahui ganjarannya kecuali Allah.

Dalam sebuah hadis Qudsi Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: Allah telah berfirman: Sesungguhnya setiap amalan anak Adam itu adalah baginya melainkan puasa kerana puasa hanya untukKu, dan Akulah yang akan memberikan pahalanya. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim)

Seandainya peluang Ramadan dan pintu angan-angan dibukakan kesekian kalinya bagi ahli kubur, nescaya mereka meronta-ronta untuk hidup kembali meskipun hanya untuk sehari di bulan Ramadan.

Mereka mengimpikan rahmat Allah SWT, ingin kembali memperbaiki dan menampung ruang-ruang yang amalan yang cacat, menghidupkan siangnya dengan membaca al-Quran, menambah iman, menghidupkan malamnya dengan ibadah solat-solat sunat, berdoa, menangis, merintih memohon keampunan dan kebebasan dari neraka.

Wahai (hatiku) dan hati-hati yang sering lalai dan alpa, sesungguhnya peluang taubat bagimu terbentang luas. Di Ramadan ini Allah SWT sentiasa memanggil dan menghamparkan keampunan buat sekalian hambanya atas setiap dosa siang dan malamnya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Musa r.a Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menghamparkan keampunan (menerima taubat) pada waktu malam bagi pelaku kejahatan di siang hari, menghamparkan keampunan (menerima taubat) pada waktu siang bagi pelaku kejahatan di malam hari sehingga terbit matahari dari sebelah barat. (riwayat al-Imam Muslim)

Pendek kata sebagai kesimpulan renungan, apakah Ramadan yang bakal dijalani selama tempoh sebulan melalui tarbiyah intensif ini bakal menjanjikan satu transformasi positif dalam menghayati erti kata Ramadan yang sebenar atau sebaliknya?

Rebutlah peluang beribadah dan bertaubat menyesali setiap kesilapan selama Ramadan dan lentera keampunan Allah SWT terbuka luas, selama jantung berdegup.


Disunting dan diubah suai dari artikel Utusan


Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Ahlan ya Ramadhan,

Semoga dikau menjadi madrasah untuk mentarbiah diriku ini menjadi hamba yang bertaqwa.
Semoga segala amalan pada Ramadhan ini diterima Allah, dan semoga terus istiqamah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



******************************************
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Thursday, August 20, 2009

Apa kes dengan Flat 1?

Seperti kebiasaan, perkara pertama yang dilakukan ketika masuk pejabat, buka email universiti. Ada satu email dari Accomodation Office. Apa hal pula ni?



Hi All,

It has recently been brought to my attention that there is a bike locked up outside Flat 1 that has not been moved for quite some time. Does anyone know who this bike belongs to? Unless anyone takes ownership by lunchtime on Monday 24 August 2009 the bike will be removed from the premises.

There is a car parked in the carpark for flat 1 (has a blue cover on it) – Who does this car belong to?

For all students who have a car, could you please supply me with the make, model and registration number for our records.

Regards,

XXX


La.. kalau guna common sense, tentulah basikal dan kereta itu kepunyaan penyewa Flat 1. Kenapa tidak tanya secara terus sahaja kepada penyewa Flat 1, dan bukannya bertanya kepada semua penghuni flat. Jika penyewa Flat 1 tidak mengaku baru lah tanya pada semua penyewa.


Balasan dari saya:

Hi XXX,

I live at Flat 1. The bikes outside Flat 1 and the car parked at the carpark for flat 1 belong to me (The bikes and car has blue cover on it). My car registration is (Registration No and make).

I rarely used the car and bikes; and put the covers on them to prevent from rain and frost especially in this winter season. Are there any problems with the car and bikes, because I have not received any complaints from neighbours before and I believe I don't take other people’s space.

Best regards,

Nama saya

(Student ID: XXX)


Balasan email dari Accomodation Ofc:

Hi

There is no problem with the car – we just wanted to make sure it was in fact yours. We also have no problem with the bikes that you have covered over.

Regards

XXX


****************************************************************************************

Haiya.. jika hanya untuk make sure, tanya la saya terus, mengapa perlu email semua orang.. macam la kesalahan besar. Saya duduk di Flat 1, tentulah saya yang guna ruang dan facilities Flat 1.


Geram betul rasanya. Mengapa pula kecoh dan jadi persoalan tentang basikal dan kereta di Flat 1. Penghuni Flat 1 tak bising pun. Banyak lagi kereta lain (Flat 2- Flat 8), tak bising pula.


Saya letak basikal di depan rumah saya dan letak kereta di tempat yang disediakan untuk saya. Bukan saya letak di kawasan jiran-jiran atau di tengah jalan dan menghalang laluan awam.


Sebanarnya, saya terkilan dengan cara Accomodation Office ini. Sebenarnya tidak ada isu dan masalah pun. Tidak pernah ada complaint selama 6 bulan saya duduk di situ.


Saya masih tertanya-tanya apa sebenarnya masalah Accomodation Ofc dengan kereta dan basikal di Flat 1? Dan apa masalah orang yang ‘brought to Accomodation Ofc’s attention’ tu? Dengki kah saya letak kereta dan basikal saya di kawasan saya?


Kalau ikutkan ramai lagi penghuni yang melanggar rental agreement; tidak ada pula diambil tindakan. Ada penghuni yang ada anak kecil (flat itu secara jelas dinyatakan bukan untuk keluarga), penghuni yang bising dengan muzik yang begitu kuat, dan menyanyi sekuat hati (jiran-jiran lain yang bukan satu flat pun tahu pun tahu), menari hentak-hentak kaki (dia duduk di atas flat saya tentu saja saya dapat dengar dengan jelas), ada juga tetamu (bukan penghuni flat tersebut dan bukan tetamu saya) double park di belakang kereta saya, sedangkan dengan jelas itu bukan tempat letak kereta dan sudah terpampang ‘non-residents are not allowed to park beyond this area’ dia pintu masuk flat kami.


Tapi jiran-jiran di sini saya lihat bertolak ansur, kami tidak pernah ada masalah. Saya juga hormat dengan jiran-jiran kerana Islam mengajar kita berbuat baik dengan jiran. Saya tahu jiran-jiran yang lain kebanyakkannya okay. Saya tahu cuma ada seorang ini sahaja yang bermasalah, yang melanggar peraturan tapi berlagak bagus. Dan saya tahu dia itu lah 'yang membawa perhatian' kepada kerani Accomodation Ofc. Tetapi apa pula hal Accomodation Ofc hantar email macam tu? Selama hari ini tak pernah periksa pun kereta luar yang parking sesuka hati di kawasan flat, tiba-tiba saja buat-buat ambil tahu.


Saya sabar. Saya cuma geram. Mengapa ada double standard?



Thursday, August 13, 2009

Antara MARAH dan MAAF

Saya ingin berkongsi satu artikel yang saya kira baik dalam menerangkan perkara berkaitan sifat marah dan pemaaf. Moga membawa manfaat:

Jangan cepat terpedaya dengan bisikan syaitan ketika dalam marah. Ketika marah juga, mungkin ada yang mengambil kesempatan dan bertindak sebagai 'kaki cucuk' dan memburukkan lagi keadaan. Ketika sedang marah, fikiran dan emosi terganggu, hati juga panas, dan pastinya tindakan selalunya mengikut fikiran yang TIDAK WARAS. Kerana itu, jangan ambil apa-apa tindakan ketika kita marah, sebolehnya biarkan diri dan hati tenang dahulu. Dan ingatlah, sifat pemaaf dan menahan marah itu termasuk dalam kategori taqwa.

*******************************************************************************


MARAH adalah antara sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia, lahir apabila ada perkara yang tidak disukai, menyakitkan, merugikan atau tidak seperti dikehendaki berlaku terhadap diri. Lawan sifat marah ialah pemaaf.


Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap Muslim. Sifat itu mempunyai kesan besar dalam kehidupan kerana ia dapat menyelamatkan seseorang daripada terjebak dalam tindakan yang boleh mendatangkan penyesalan.


Kerugian atau keadaan yang tidak seteruk mana yang menjadi punca kemarahan boleh bertukar satu kerugian lebih besar jika kemarahan tidak dapat dikawal. Sifat pemaaf dapat meletakkan seseorang pada kedudukan tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Dia mendapat keuntungan untuk dirinya sendiri dan tidak pula mendatangkan keburukan kepada pihak lain.


Orang yang bersifat pemaaf adalah insan yang tidak berdendam dan buruk sangka terhadap orang lain. Biarpun dia pernah diperlakukan dengan sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, dia memaafkan perbuatan itu dan menerimanya secara positif. Mungkin pihak yang menyebabkan rasa marah itu tidak mempunyai niat melakukan perbuatan itu, melainkan kerana terpaksa atau tidak mempunyai pilihan lain. Dalam situasi begitu, sesiapa pun tidak dapat mengelak. Bagi mengelak timbul perasaan marah, jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius sehingga memberi gambaran sebaliknya. Jangan cepat menyalahkan orang, sebaliknya fikirkan apakah kita mampu mengelaknya jika berada di sebelah pihak yang menyebabkan kemarahan itu. Marah akan menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal dan banyak keburukan akan terjadi.


Insan pemaaf dan berhati mulia tidak hanya memaafkan apabila pelakunya memohon maaf, bahkan bersikap terbuka.Jadi, sesiapa ingin membersihkan diri daripada sifat negatif haruslah terlebih dulu membuang sifat dendam. Orang yang kuat menahan sifat marahnya akan mudah memaafkan orang lain. Antara sifat orang yang bertaqwa adalah orang yang dapat mengawal marah dan memaafkan kesalahan orang lain, dan ganjarannya disediakan syurga seluas langit dan bumi, seperti Firman Allah:

".. Dan orang yang menahan amarahnya serta memaafkan (kesalahan) orang."
(Surah al-Imran: 134)


Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik. Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan. Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."


Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan. Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: "Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)


Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah,sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya." (Hadis riwayat al-Hakim)


Rasulullah SAW juga mengingatkan mereka yang selalu memberi ampunan kepada seseorang akan mudah mendapat keampunan daripada Allah. Memang orang yang dizalimi berhak membalas balik perbuatan itu tetapi adalah lebih baik jika memberi kemaafan.

"Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim."
(Surah asy-Syura: 39-40)



Biarpun Islam membenarkan membalaskan kejahatan dengan kejahatan yang sama, adalah lebih baik jika diselesaikan secara memberi kemaafan. Ini bagi mengelak perkara buruk berterusan. Disebabkan membalas itu mungkin berlaku ketidakadilan apabila balasan dikenakan lebih teruk. Sebenarnya tidak rugi kita memaafkan orang lain. Apa yang berlaku sudah menjadi sejarah. Kita tidak mendapat apa-apapun daripada kemarahan yang ditunjukkan, bahkan menyebabkan kesan buruk kepada diri sendiri.


Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya: "Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola."


Di sunting dari sumber: http://suarapolitik.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=2166

**********************************************************************************

Tuesday, August 4, 2009

Taqwa

Perkataan taqwa banyak kali disebut dalam Al-Quran. Tapi apakah itu taqwa? Siapakah hamba yang bertaqwa (muttaqeen?).
Taqwa membawa maksud takut kepada Allah. Tetapi takut dengan Allah tidak sama dengan takut kepada manusia (atau makhluk lain). Indahnya perasaan takut kepada Allah tidak menjadikan kita jauh padaNya malah menjadikan kita lebih dekat denganNya.
******************************************************************************************
Antara ayat-ayat Al Quran yang menerangkan tentang taqwa dan sifat orang yang bertaqwa:
"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung."
(Surah Al-Baqarah: 2-5)

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
(Surah Al-'Imran: 133-135)

" ... Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."
(Surah Al-Baqarah : 177)
******************************************************************************************
Sesungguhnya Allah redha pada hambaNya yang bertaqwa. Antara kelebihan taqwa seperti yang dinyatakan dalam Al Quran:
Bantuan dari Allah; “… Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya”. (Al-Thalaaq:4)
Menghapuskan dosa dan menambah pahala; “… Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.” (Al-Thalaaq:5)
Pelindungan dari Allah; “… Dan Allah adalah pelindung orang-orang yang bertakwa.” (Al Jaatsiyah :19)
Balasan syurga;“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (surga)…” (Adz-Dzaariyaat : 15)



Thursday, July 30, 2009

Pendakian ini



Aku cuba untuk menguatkan semangat meneruskan pendakian, walaupun rasa begitu lelah, walaupun masih tak ku nampak puncaknya.. terasa kabus begitu tebal mengkaburkan penglihatan. Give in and give up seems the easiest choice right now, tapi Islam tidak mengajar umatnya berputus asa. Allah tidak redha pada hamba yang berputus asa.

Pertama niat, buktikan dengan usaha. Sulamkan dengan doa, disertai tawakal. Whatever happens, you have to make sure you give a good fight.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan . Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Mu, Ya Allah".


The Climb
I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head saying,
You'll never reach it

Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking
but I got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm going to remember most
Just got to keep going

And I,
I got to be strong
Just keep pushing on, cause

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

Sunday, July 12, 2009

Bersyukur dalam senang dan susah

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku".

Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku"

(Surah Al Fajr: 15-16)


Membaca terjemahan ini pagi tadi, saya merasa alangkah malunya jika menjadi hamba yang hanya bersyukur ketika senang tetapi tidak sabar dan mengeluh ketika susah.


Alhamdulillah, jika kita masih ingat untuk bersyukur apabila Allah beri kesenangan setelah diuji dengan kesusahan. Apabila sihat dari demam teruk, Alhamdulillah. Kenyang setelah kelaparan, Alhamdulillah. Dapat keputusan baik dalam peperiksaan, Alhamdulillah. Selamat dari kemalangan, Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Kita merasa sungguh gembira, istimewa dan mungkin bangga kerana Allah telah makbulkan permintaan kita dan telah menyelamatkan kita dari bencana.


Di masa lain, datang pula ujian yang yang lain. Dan di kala itu Allah belum lagi mahu memakbulkan doa kita. Kita jadi gopoh, tidak sabar, resah dan kecewa. Kadang kala jadi putus asa. Kita mula merasakan Allah telah melupakan kita.

Ingatlah, yang lupa itu bukan sifat Allah. Tapi manusialah yang mudah lupa. Dalam kesusahan kita, kita jadi lupa segala nikmat dan kelebihan yang Allah berikan kepada kita. Kita jadi hampir lupa bahawa segala yang berlaku adalah kudrat Allah yang mesti diterima dengan sabar. Kita sendiri terlupa bahawa ujian itu sebagai tanda kasih sayang Allah. Kita lupa Rasulullah, para sahabat, mujahid dan ramai lagi yang lebih hebat dugaannya, tapi tidak goyah imannya.

Jika kita hanya bersyukur ketika senang, dan mengeluh ketika susah, jadilah kita dalam golongan yang disebut dalam ayat ini. Kecudang rupanya dengan ujian Allah.


Ayat ini sebenarnya satu peringatan yang amat penting. Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dalam keadaan susah dan senang kerana sesungguhnya nikmat Allah terlalu besar dan tidak terhitung.


“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba abdiMu. Aku berada dalam perjanian denganMu dan ikrar kepadaMu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmatMu ke atasku. Aku juga mengakui dosa-dosaku terhadapMu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosaku ini kecuali Engkau, ya Allah.”

Friday, May 29, 2009

Jangan ditipu Dunia

Sebagai peringatan bersama:

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, sebagai perhiasan dan (untuk) bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”

(Surah Al Hadiid : 20)


“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

(Surah Al Imran: 185).


“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”

(Surah Al-An’am: 32).



“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”


(Surah Al-Qiamah: 20-21).


“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui”.

(QS, Al-‘Ankabut : 64)


Semoga dunia ini menjadi jambatan kita menuju keredhaan Allah; seperti doa Saidina Abu Bakar r.a : “Ya Allah jadikan dunia ini ada ditangan kami dan bukan dihati kami”

Saturday, May 23, 2009

Mengemis Kasih

"Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan, walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu"


Ya Allah, aku mohon kasihMu, aku mohon belas ihsanMu, aku mohon pertolongan dari Mu.

Ya Allah, tabahkanlah hatiku dalam menghadapi ujian Mu.

Aku sedar ujian itu adalah tanda kasih sayangMu, sebagai kesedaran dan balasan atas dosa-dosaku.

Ya Allah, di masa senang aku mudah alpa dan jauh dari Mu; lalu Kau berikan ujian dan kesusahan supaya aku kembali padaMu.

Ya Allah, sesungguhnya aku harus bersyukur dengan ujian yang Kau berikan padaku, kerana ia mendekatkan hatiku padaMu.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, terimalah doa dari hambaMu yang fakir ini. Apa sahaja yang berlaku dan tidak berlaku adalah atas izinMu. Apa sahaja kesudahan dari ujian ini, jadikanlah ia sebagai sesuatu yang menambah imanku. Baik dan buruk sesuatu perkara hanya Engkau yang lebih mengetahui. Jika ia berkesudahan yang buruk (dari kaca mataku), Kau jagalah hati dan imanku agar tidak terpesong dari Mu. Jika ia berkesudahan yang baik, Kau jagalah hati dan imanku, agar aku sentiasa bersyukur dan sedar bahawa segalanya adalah atas izin dan pertolonganMu.

Jadikanlah aku hambaMu yang tabah dan sabar sentiasa, Ya Allah. Aku sedar aku manusia yang terlalu lemah dan sering lalai. Janganlah Kau murka padaku, Ya Allah. Janganlah tinggalkan aku, Ya Allah.


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran". (Al-Baqarah: 186).

Saturday, April 4, 2009

Persoalan sibuk

Ada beberapa soalan mudah yang saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Salah satu diantaranya ialah “Sibuk ke?”

Tidak kena dan malu rasanya untuk saya jawab “Ya” – Ini kerana ada ramai lagi orang yang lebih padat jadualnya, lebih besar tanggungjawabnya, lebih besar peranan dan sumbangannya dari saya.

Juga tidak kena dan malu rasanya untuk saya jawab “Tidak” – Ini kerana ia menunjukkan saya seorang yang tiada kerja, duduk goyang kaki dan tidak tahu menghargai masa.

Samada sibuk atau tidak, mungkin bukan itu persoalannya. Ini kerana, kita akan ditanya di akhirat kelak, bagaimana kita menghabiskan masa dan umur di dunia ini. Mungkin setiap orang perlu merasa ‘sibuk’, kerana sebenarnya begitu banyak perkara yang wajib, harus dan patut kita lakukan, dan masa kita di dunia ini amatlah singkat. Kita perlu megisi masa dengan hal-hal yang membawa faedah dan kebaikan.

Kita juga perlu berhati-hati agar tidak disibukkan dengan urusan dunia semata. Harus sentiasa beringat agar tidak memperuntukkan masa pada hal-hal yang lagha yang membawa kepada kemusnahan dan kerugian. Jangan pula menjadi orang yang terlalu sibuk sehingga tidak mengambil berat akan waktu solat, kewajipan dan tanggungjawab yang lain seolah-olah mempunyai kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Jika kita terasa kita sibuk, pastikan ia kearah kebaikan. Jika kita rasa kita paling sibuk, ingatlah ada orang yang lebih sibuk melakukan perkara yang lebih besar dan hebat dari kita. (Ini penting supaya tidak merasa ‘ujub dengan diri sendiri).

Akhir sekali, pastikan kita bukan hanya sekadar menyibuk.

Monday, March 9, 2009

Khutbah terakhir

Hari ini, 12 Rabiul Awal, merupakan hari ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Kita adalah umat akhir zaman yang terlalu jauh dengan Rasulullah SAW - dari segi masa dan cara hidup. Hari ini adalah hari yang baik untuk kita memuhasabah diri sebagai umat Nabi Muhammad.

Sempena Maulidur-rasul ini mari kita imbas dan mengambil pengajaran daripada khutbah terakhir Rasulullah SAW yang disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

(Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hambaMu."

Tuesday, March 3, 2009

'O' Week

Minggu ni bermulanya semester A yang baru. Dan sudah beberapa malam ni tidur saya terganggu. Bukan sebab imsomnia atau apa, tapi terganggu dengan kebisingan dan kegilaan students (new and returning students) yang mabuk dan tak tahu menghormati orang lain.

Menjadi satu tradisi di NZ, minggu orientasinya di penuhi dengan acara suka ria, berpesta dengan muzik yang bingit seluruh kampus. Mungkin sedikit bernasib baik, projek ubahsuai dan pembinaan bangunan baru menyebabkan mereka terpaksa memindahkan ‘tapak pesta’ ke lokasi yang sedikit jauh dengan bangunan fakulti.


Tetapi agak kurang bernasib baik, kerana kedudukan rumah kami yang ‘strategik’ betul-betul di depan pintu utama Uni dan hostel, maka kawasan ini popular dengan di kalangan para pelajar. Siang minggu orientasi di bisingkan dengan muzik yang memecah gegendang telinga, dan di waktu malam bising dengan jeritan orang yang mabuk. Jiran depan yang baru pindah seminggu lalu ni pula tak tahu adab atau pun tak ada common sense, pasang muzik kuat-kuat dan minum2 di depan rumah. Nasib baik jiran sebaris yang garang tu ‘sound’ budak-budak tu. Nampaknya dia lah penyelamat kami yang selalu marahkan budak-budak yang tak tahu menghormati jiran. It is 2-3am in the morning!!


Sesuatu yang baru dan pelik bagi saya melihat aktiviti orientasi Uni. Setiap malam ada bar/pub yang akan buat diskaun arak untuk para pelajar. Itu tak termasuk lagi ‘sale’ pelbagai jenis arak di kedai-kedai arak yang berhampiran. Hampir setiap hujung minggu akan ada pesta dan akan ada orang yang mabuk sampai tahap gila. Mabuknya sampai tak pakai seluar, pecahkan cermin kereta orang, merosakkan harta benda awam, mengotorkan kawasan dan pelbagai kegilaan lagi. Yang lebih pelik aktiviti ‘minum-minum’ ini di uruskan oleh Student Union!


NZ dan Australia kerap kali membicarakan isu binge drinking di kalangan anak mudanya. Walaupun pelbagai kempen di TV, radio, akhbar dan kuatkuasa undang-undang dilaksanakan, masih tidak dapat menangani masalah ini. Kedai jual arak banyak. Dan promote arak masa orientasi?? Nak kata tak bijak, pelajar universiti... tapi nak kata bijak, macam tak bijak!


Sebab itu lah dalam Islam itu jelas arak itu haram kerana begitu banyak kemudaratannya.

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)


Sebab musabab pengharaman itu adalah kerana ia boleh mengganggu fungsi otak dalam berfikir, bercakap dan bertindak. Kita sedia maklum seseorang yang mabuk boleh melakukan pelbagai perkara di luar batasan perilaku kemanusiaan seperti membunuh, memandu laju, membuat bising atau melakukan perkara yang memalukan seperti hadis Rasulullah SAW yang menyebut “Arak adalah ibu segala maksiat dan ia adalah maksiat paling mengaibkan.” (Riwayat Ibnu Majah).


Begitu juga penggunaannya dalam kuantiti yang sedikit sebagai perasa dalam makanan atau sebagainya tetap haram walaupun tidak memabukkan kerana Rasulullah SAW ada bersabda “Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah). Oleh itu, tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau setitik.


Kesimpulannya, peminum arak memberi kesan amat buruk kepada diri individu berkenaan, merosak imej agama, malah mengganggu ketenteraman masyarakat dan boleh menjejas kekuatan negara. Masyarakat wajib menjauhi arak dan terbabit dengannya sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana menurut satu lagi hadis Rasulullah SAW “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Wednesday, February 25, 2009

Penyakit bertangguh

Hari ni nak sembang pasal penyakit bertangguh pula. Megikut peribahasa Inggeris, Procrastination is the thief of time”.


Penyakit suka bertangguh ini tak sama dengan penyakit malas. Penyakit malas tu dipanggil berat tulang, sebab memang tak nak berusaha, dan mengharapkan kesenangan terhidang depan mata.


Berbeza dengan orang malas, orang yang suka bertangguh ini cuba mengelak dari membuat kerja sepatutnya. Sebagai contoh, dia patut buat perkara A. Tapi dia pi buat perkara B atau C atau D.


Kenapa pula jadi penyakit suka bertangguh? Sikap suka bertangguh ini sebenarnya berkait rapat dengan masalah psikologi. Selalunya seseorang itu bertangguh sebagai coping strategy apabila menghadapi kesukaran dalam kerja/tugasannya.


Adalah sesuatu yang normal jika kita ambil sedikit masa untuk unwind, rehat seketika untuk ‘recharge bateri’. Tapi ia boleh menjadi satu masalah besar jika tidak dikawal. Ini kerana, walaupun bertangguh itu merupakan coping strategy, ia sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan. Jika kita sering bertangguh kerja, kita akan jadi lebih tertekan, risau dan rasa bersalah kerana makin banyak kerja yang menimbun dan tertunda. Kalau kita sebagai pekerja, kita akan lebih risau kerana akan dimarahi oleh majikan. Kalau kita pelajar kita akan runsing bila berhadapan dengan pensyarah.


Untuk memastikan kita tidak menjadi mangsa penyakit suka bertangguh ini, yang pertama, kita perlu admit kita ada masalah ini. Kedua, cari punca dan penyelesaian masalah. Sekalipun kita benci dan stuck nak selesaikan kerja tu, kita kena hadapi juga. Berbekalkan doa, usaha dan tawakal, insyaAllah pasti akan menemui penyelesaian. Allah juga menyeru kita melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan memohon pertolongan dari-Nya:


“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”

(surah Al-Insyirah: 7-8)


Kalau kita tak cuba, sampai bila-bila pun takkan berjaya. A journey of a thousand miles begins with a single step.


Dan sebagai umat Islam, kita perlu sedar, sikap bertangguh ini berkait rapat dengan masa. Dan Allah telah memberi kita peringatan yang tegas tentang masa:


“Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian

(surah Al-Asr:1-2).


Rasulullah s.a.w.juga mengingatkan tentang lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa kaya sebelum miskin dan masa hidupmu sebelum mati.


Semoga kita berjaya melawan penyakit bertangguh. Back to work!

Friday, February 20, 2009

Dunia Fatamorgana

Dunia ini dunia materialistik, di mana sebilangan besar manusia menjadikan harta, wang, pangkat, darjat sebagai kayu pengukur kejayaan dan kehebatan seseorang.

Sikap materialistik ini merupakan satu penyakit. Penyakit yang boleh menyerang dan menjangkiti sesiapa sahaja.


Penyakit materialistik ini juga boleh merangsangkan penyakit-penyakit lain pula: tamak, sombong, bangga diri, lupa diri, menunjuk-nunjuk, membazir dan sebagainya. Bukan itu sahaja, penyakit materialistic dalam masyarakat pula boleh membawa kepada budaya rasuah, pecah amanah, penyelewangan, fitnah, tikam belakang dan lain-lain kerana ingin mencari jalan singkat untuk cepat kaya.


Ini kerana bila nafsu sudah menguasai fikiran, kita sudah tidak peduli lagi batas-batas agama dan budaya. Seorang yang ‘berilmu’ juga boleh jadi bodoh bila terkena penyakit materialistic ini.


Bahaya penyakit materialistik ini kerana ia merebak dengan cepat dan dalam diam. Ini kerana agen-agen yang merangsang budaya hidup materialistik ini ada di sekeliling kita-Cuma antara kita sedar dan ambil peduli atau tidak sahaja. Jangan sesekali pandang remeh penyakit materialistik ini kerana ia tidak mengenal mangsa.


Cuba self-diagnose diri sendiri kot2 dah ada simptom2 penyakit materialistic:

  1. Apa tujuan sebenar kita beli sesuatu? Keperluan, kehendak, nafsu, atau untuk bermegah-megah?
  2. Kalau kita beli atas keperluan, adakah kita sengaja mencari yang mahal dan branded?
  3. Adakah kita berkawan dengan seseorang kerana taraf sosial dan ekonominya?
  4. Adakah kita pandang rendah pada kawan yang tidak ‘standard’ macam kita?
  5. Adakah mana-mana ‘socialite’, selebriti, artis yang menjadi ikut-ikutan kita?
  6. Adakah kita sanggup ketepikan agama dan prinsip hidup untuk menjadi seseorang yang elite? (Kalau ya, ni dah tahap kronik)

Banyak lagi sebenarnya, dan jauh di sudut hati kita, sebenarnya kita sendiri boleh menilai adakah kita materialistik atau tidak.


Budaya materialistik ini tiada dalam Islam. Jangan confuse materialistik dan keperluan umat Islam mencari harta. Umat Islam perlu berilmu dan kaya supaya tidak ditindas. Kita perlu ada harta supaya kita boleh laksanakan rukun Islam dengan sempurna. Kita juga perlu harta untuk hidup selesa. Cuma Allah dan Rasulullah selalu berpesan supaya kita tidak disilaukan dan disibukkan dengan harta dunia.


"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainulyaqin, kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu)."

(Surah Al-Takaatsur: 1-8)


Fatamorgana-Hijaz

Pulanglah pada Tuhan, Cahaya Kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan Dugaan Mendewasakan Usia
Rintangan Dilalui Tambah Pengalaman Diri
Sudah sunnah Ketetapan Ilahi

Deras Arus Dunia Menghanyutkan Yang Terleka
Indah fatamorgana Melalaikan Menipu Daya
Dikejar Dicintai Bak Bayangan Tak Bertepi
Tiada Sudahnya Dunia Yang Dicari

Begitu Indah Dunia

Siapa Pun Kan Tergoda
Harta Pangkat dan Wanita Melemahkan Jiwa
Tanpa Iman Dalam Hati Kita Kan Dikuasai
Syaitan Nafsu Dalam Diri Musuh Yang Tersembunyi
Pulanglah Kepada Tuhan Cahaya Kehidupan
Keimanan Ketakwaan Kepada Nya Senjata Utama

Sabar Menempuh Jalan Tetapkan Iman Di Hati
Yakinkan Janji Tuhan Syurga Yang Sedia Menanti
Imanlah Penyelamat Dunia Penuh Pancaroba
Hidup Akhirat Kita Kekal Bahagia

Saturday, February 14, 2009

Seiring dan sejalan-hati dan amalan

Dalam masyarakat kita sering berlaku di mana orang yang kelihatannya warak, tapi busuk hati. Dan kadang-kadang orang yang suka bersedekah atau menolong orang, tidak pula solat atau berpuasa. Kadang-kadang, mungkin secara tidak sedar, kita pun terselit juga perangai yang serupa, sebagai contoh, berpuasa tapi mengumpat, solat tapi riak.

Ajaran Islam merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia - lahir, batin, dunia dan akhirat. Secara idealnya, yang warak itu baik hatinya. Tetapi tidak semuanya begitu. Di manakah silapnya?


Selain daripada ilmu usuluddin, (atau tauhid), yakni ilmu yang mengkaji tentang ketuhanan, ajaran Islam juga terdiri dari ilmu fiqh (syariat) dan ilmu tasawuf (sufi).


Ilmu fiqh adalah ilmu yang berkaitan dengan hukum hakam. Ia terdiri daripada lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.


Hukum-hukum ini meliputi dalam setiap lingkup bidang dan urusan kehidupan seperti fardu ain, sistem kewangan, munakahat, muamalat, fara’id dan lain-lain.


Ilmu tasawuf pula ialah bidang yang berkaitan dengan hati nurani. Hati manusia ini pula sentiasa berubah-ubah dan berbolak balik, kadang-kadang dalam bentuk mahmudah, kadang-kadang mazmumah.


Di antara rasa-rasa hati yang mahmudah (sifat positif) itu ialah ikhlas, takwa, tawaduk, ukhuwah, tawakal dan sebagainya. Sementara rasa hati yang mazmumah (sifat negatif) itu pula di antaranya riak, ujub, sombong, pemarah, hasad dengki, dendam, tamak, bakhil, buruk sangka dan lain-lain lagi.


Fiqh dan tasawuf adalah sama penting dan perlu seiring. Kita tidak boleh menolak salah satu atau mengambil salah satunya sahaja.


Imam Malik berkata,

“Barangsiapa berfeqah tanpa tasawuf, maka ia jadi fasik. Barangsiapa bertasawuf tanpa feqah, maka ia jadi kafir zindik (kafir secara tidak sedar).”


Apa yang dimaksudkan dengan berfeqah tanpa tasawuf, ialah seseorang itu hanya melakukan amalan-amalan lahir. Katalah semua rukun Islam itu beres dilakukannya. Ditambah lagi dengan amalan-amalan sunat dan amal ibadat yang lain seperti berdakwah, belajar, mengajar, berziarah, bersedekah dan menutup aurat. Dia juga menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang haram dan makruh. Pendek kata, semua perintah atau larangan lahir ditaati, tetapi amalan batin yakni hatinya tidak dijaga dan diambil peduli.


Pada pandangan mata kasar, dia seorang yang sangat baik kerana hukum Islam yang lahir sangat dijaganya. Tapi hatinya penuh dengan perasaan mazmumah-riak, ujub, sombong, pemarah, dengki, cinta dunia dan lain-lain lagi sifat negatif mencorak sikapnya.. Walaupun pada zahirnya Nampak baik, tetapi di sisi Allah orang ini masih berdosa, kerana tidak menjaga hatinya. Orang-orang yang tidak menjaga hatinya ini, dikatakan fasik oleh Imam Malik.


Bertasawuf tanpa feqah pula bermaksud seseorang yang menjaga hati sahaja, tetapi menolak dan meninggalkan syariat. Katakanlah dia menjaga hati dari perasaan mazmumah di samping menyuburkan kasih sayang, simpati, tawakal, sabar dan lain-lain sifat mahmudah. Tetapi sayangnya, dia tidak melaksanakan rukun Islam, tidak mengamalkan yang wajib, dan tidak meninggalkan yang haram. Pada Imam Malik, orang ini dikatakan kafir zindiq iaitu kafir secara tidak sedar.


Kesimpulannya, Islam itu hanya akan sempurna jika mengamalkan syariat, dan menjaga hati secara serentak. Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)