Perkongsian dari slot Ad-Daurah IKIM.fm bersama Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri sempena menyambut tahun baru hijrah 1433, dan sedikit tambahan dari sumber-sumber lain
Muhasabah: perhitungan/audit diri
Perkara yang dimuhasabahkan adalah dari segi iman, ilmu dan amal.
"Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab (oleh Allah) dan timbanglah dirimu sebelum ditimbang (oleh Allah) serta bersiap-siaplah untuk menghadapi hari peperiksaan yang paling besar (hari kiamat)".
-Saidina Umar Al-Khatab
Penting untuk muhasabah diri kerana semua perkara akah dihisab di hari akhirat tidak kira perkara kecil atau besar. Muhasabah perlu dilakukan dengan kerap kerana ia satu usaha pembaikan diri.Orang yang hebat ialah orang yang bermuhasabah setiap hari, (jika tidak, setiap minggu, bulan atau paling tidak setiap tahun). Dengan muhasabah, kita dapat mengetahui segala kelemahan untuk diinsafi, bertaubat, jauhi dan diperbaiki. Manakala perkara yang baik haruslah untuk disyukuri.
Orang-orang soleh selalu bermuhasabah terhadap dirinya.Beberapa kepentingan dan kelebihan muhasabah:
1. Supaya tidak melakukan kesilapan yang sama
Sabda Rasullullah “Tidak selayaknya seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali" (HR Bukhari dan Muslim).
2. Supaya dapat membuat perancangan dan strategi untuk memperbaiki kelemahan
3. Supaya lebih berwaspada dengan perangkap dosa. Tanpa muhasabah mungkin kita menyangka kita sentiasa betul.
"...Syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka. (Surah Muhammad: 25)
"Syaitan sentiasa menghiasi kesalahan dan memanjangkan angan-angan bagi mereka." -Hassan Al Bashri
4. Dengan muhasabah akan berlakunya peningkatan diri.
Untuk memastikan muhasabah kita tidak sia-sia, ia perlu disertai dengan praktikal dan istiqamah. Kadang-kadang kita jadi kecewa kerana azam tahun baru selalu tidak menjadi. Oleh itu, bina azam-azam yang kecil supaya dapat mencapai azam-azam yang besar. Jangan putus asa, teruskan berazam untuk jadi lebih baik, Teruskan berusaha, berdoa dan berharap dan redha dengan ketentuan. Yakin Allah akan beri yang terbaik untuk kita.
NB: Tentang doa tahun baru: Doa sememangnya disaran oleh Rasulullah, tetapi harus diingat tahun hijrah hanya bermula semasa pemerintahan Saidina Umar. Pada pendapat Dr Zulkifli, amalan bacaan doa akhir dan awal tahun secara beramai-ramai itu tidak salah, malah Dr Zulkifli mencadangkan doa-doa itu lebih 'personal' dan kita berdoa meminta kebaikan supaya dapat memberi kebaikan. (Eg. mohon kaya supaya dapat lebih banyak disedekahkan, sihat supaya lebih banyak dapat beribadah etc)
No comments:
Post a Comment