Saturday, October 9, 2010

Terasa agak lama tidak menulis di sini. Ada keinginan, ada topik, tapi tiada kekuatan mental untuk idea itu dibentuk menjadi ayat, di olah menjadi perenggan bagi menghasilkan artikel yang baru. Hmm...

Fikiran saya sesak sebenarnya, hati juga risau. Memikirkan kerja-kerja simulasi, analisa data dan penulisan tesis. Masa hanya tinggal dalam seratus hari saja jika dicampur tolak. InsyaAllah sempat dan mampu dihabiskan, tentunya dengan izin dan pertolongan Allah. Yang sering mengganggu sebenarnya fikiran dan perasaan yang negatif.

Bila dilihat senarai yang perlu di buat, mulalah di serang perasaan panik. Sudah lah penulisan tesis mengambil masa, data yang di analisa pula does not make sense. Lihat semula pada kod simulasi, tidak nampak di mana silapnya. Tak termasuk lagi data yang tidak pasti bagaimana mahu di olah. Haish!! Kacau!!!


InsyaAllah, pasti boleh. Sepanjang hidup ini pun Allah yang membantu dan memudahkan urusan. Sepanjang pengajian ini pun, ingatlah setiap pertolongan Allah yang mengadakan jalan keluar dari masalah, memberi sumber ilham dan ilmu pengetahuan. Usaha, doa dan tawakal lah, jangan putus asa. Aza aza fighting!!  Setiap kesusahan ada kesenangan. Belajarlah dengan ikhlas, semoga ilmu yang di pelajari menjadi berkat.


"Ya Allah, ajarkan lah aku ilmu yang membawa manfaat kepada diriku, dan dapat disampaikan untuk kesejahteraan manusia. Ajarlah apa yang tidak ku tahu, peringatkanlah apa yang aku lupa. Tajamkanlah akal pemikiranku. Engkau Maha berkuasa atas segalanya, hanya kepada-Mu aku berserah dan mohon pertolongan"


“Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (Al-Baqarah: 32)



No comments:

Post a Comment