Thursday, January 29, 2009

Insan ghuraba'

Seorang wanita yang bekerja di salah sebuah hotel bertaraf lima bintang di Pulau Langkawi yang pengurusannya beribu pejabat di luar negara telah berhenti kerja disebabkan masalah isu pemakaian tudung

Syabas dah tahniah saya ucapkan kepada saudari, dan saya kagum dengan prinsip dan pendirian saudari. Kalau di negara luar memang biasa kita dengar, tapi amat sayu kerana berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. Lebih tercalar hati, bila yang menghina itu lahir sebagai Muslim. Tapi itulah hakikatnya, sedikit demi sedikit, agama kita di hina, di cabar dan di pijak-pijak.

Kita berada di ambang akhir zaman. Moga Allah sentiasa memelihara hati dan iman kita. Biarlah kita asing kerana menutup aurat, biarlah kita asing kerana tidak 'bercouple', biarlah kita asing kerana tidak pandai mengumpat, biarlah kita asing kerana menunaikan solat..

Biarlah kita asing kerana masih berpegang pada Islam. Walaupun sedikit, kita cubalah menjadi asing..

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

No comments:

Post a Comment