Walaupun ini entry yang agak terlewat, but it is worth mentioning. Alhamdulillah saya kini sudah betul-betul pulang ke tanah air. I am really back for good. Saya sudah selesai dengan viva seminggu sebelum puasa dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.
Jika diingatkan jalan yang ditempuh ketika menghabiskan PhD, rasa macam tak percaya selesai juga akhirnya. Tapi benarlah janji Allah, di setiap kesukaran pasti ada kesenangan, dan kita harus yakin dengan Allah. Alhamdulillah, dan saya mohon Allah sentiasa mengurniakan hati yang penuh syukur terhadap nikmatnya, dan tidak mensia-siakan nikmat yang diberikan.
Nyata dengan anugerah ini, maka bertambahlah tanggungjawab dan amanahnya. Tak terkejar sebenarnya.. Bukan seorang kawan yang terkejut melihat rutin harian saya dan rakan serumah, sehingga menyangka kami ini workoholic.. tidak, ini adalah hanya tuntutan kerja. Tidak dinafikan, saya sering rasa stres, kepenatan, dan rasa nak burn out.. nasib baiklah Islam ini penuh dengan terapi.. Lagipun melihat orang lain yang lebih banyak komitmen dan sumbangannya.. jadi malu sendiri.. bukankah dunia ini sebagai ladang akhirat.. jadi berusahalah semoga semua pekerjaan ini diterima sebagai ibadat dan amal jariah. Diakui banyak sungguh kelemahan dalam menjalankan tugas, masih cuba menguruskan ia sebaiknya.. InsyaAllah with time, akan lebih baik. Itu azam saya..
Islam itu memang Indah. Semakin terasa sukar, semakin hampir padanya. itulah tanda kasih sayang allah bagi org2 yang beriman yang mempercayai bahawa jika allah hendakkan seorang manusia itu mendapat kemudahan, tidak akan mendapat susah manusia itu sekalipun ada yang cuba menghalangnya. Dan jika allah hendakkan kesukaran bagi seorang manusia itu, tidak akan mendapat kemudahan sekalipun ada yang cuba menolongnya. Begitu juga dengan perihal rezeki. Semuannya daripada Allah. dan Kepada allah sahaja kita memohon pertolongan. Selangkah kita mendekatinya, seribu langkah ia mendekati kita. Ini ada disebut tapi tidak ingat dalil yg mana.
ReplyDeleteKesukaran juga menyedarkan bahawa kehidupan ini adalah terlalu singkat. Mengingatkan di akhirat sana menanti satu kehidupan yang lebih panjang dan abadi. mungkin kita sangat letih dan kerap mengeluh di kehidupan dunia ini, dengan pelbagai kesukaran dan kesusahan yang kadang2 sangat memenatkan. Mengingatkan apakah pulak nasib kita di akhirat sana. adakah lebih meletihkan (disebabkan dosa) atau pun sebaliknya (Syurga Allah yg dijanjikan pelbagai nikmat yg tak terkira & tidak pernah wujud di alam dunia, tidak pernah terlihat oleh mata manusia ketika didunia). Wallahualam....
Itu semua merupakan janji Allah. Maka wajiblah bagi orang Islam yg beriman utk mempercayainya (Yakni Alam Ghaib).
Disini dapatlah diambil iktibar bahawa islam sudahpun memberi guideline. Ini secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa yang lebih utama itu bukanlah kesukaran dalam kehidupan dunia seperti kesusahan yg ditempuh setiap hari. Perkara pokok yang lebih utama ialah nasib kita di akhirat sana. Kerana azab allah itu tidak terkira pedihnya, dan Nikmat syurga pulak tidak terkira lazatnya. Mudah-mudahan kita semua dijauhi dari azab yang pedih.
Sabda Rasulullah:
"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati" - Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.
Apabila ditanya kepada Nabi Muhammad s.a.w siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab:
” (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.”
Tapi Orang yang kaya raya dan banyak kesenangan tidaklah pulak semestinya menjadi penolong di akhirat nanti sekiranya hati jauh terpesong dan jauh dari rahmat allah. Mudah-mudahan juga allah sentiasa menyayangi kita walau sesukar manapun atau sesenang manapun kehidupan kita.
Thanks a lot kamarul, for the input
ReplyDeletesebenarnya Bila tersend komen ni saya terfikir kembali entah ape2 la yang saya komen tu:-)...malu sendiri rasanya dek kerana diri ini banyak sangat kelemahan dan entah betul entah tidak apa yang saya utarakan...saya juga suka baca pandangan orang lain kerana banyak input yang boleh dapat.
ReplyDeleteApa yang saya tertarik bila terbaca statement "Islam ini penuh dengan terapi...." Ia memang benar..
mungkin sebab tu la gatal tangan ni nak comment.
Kak eli appreciate apa yang marul tulis, sbb ini semua satu perkongsian.. tambah benda2 yang baik, insyaallah pasti akan beri kebaikan pd yang menyampaikan dan menerima.. kita semua sedang berusaha untuk memperbaiki diri.. :)
ReplyDelete