Wednesday, March 17, 2010

Hindari prejudis

"You never really understand a person until you consider things from his point of view--until you climb inside of his skin and walk around it" -Harper Lee (To Kill a Mockingbird)



Penilaian dan andaian (assumption) kita terhadap sesuatu selalunya berdasarkan pada persepsi awal dan persekitaran. Persepsi awal kita pula amat dipengaruhi dengan set of mind yang sedia ada. Membuat penilaian dan andaian tanpa fakta yang betul menjadikan kita seorang yang cepat menghukum (judgemental) dan boleh melahirkan perasaan buruk sangka.

Sekalipun kita rasa penilaian kita betul kerana disokong oleh fakta dan logik akal, ada dua lagi nilai perikemanusiaan yang tidak boleh kita abaikan iaitu simpati dan empati.

Zaman sekarang ini begitu ramai orang yang bijak pandai, sampai tidak boleh menerima kelemahan atau kekurangan orang lain. Cubalah, jika berhadapan dengan sesuatu perkara atau seseorang, letakkan diri kita di tempat mereka. Cubalah bersangka baik, dan jangan terlalu cepat untuk menghukum. Hanya kerana orang itu berbeza dari kita, tak semestinya dia salah. Tak semestinya cara kita lebih baik. Orang yang kita berburuk sangka itu mungkin lebih baik, dan mungkin telah mencuba sedaya upayanya untuk melakukan yang terbaik mengikut kemampuannya. Ingatlah, pandangan mata selalu menipu, pandangan hati itu yang hakiki HANYA JIKa hati kita itu bersih. Oleh itu, sebelum kita membuat penilaian terhadap sesuatu, periksa dulu adakah penilaian itu berdasarkan dari hati yang bersih, ataupun dipengaruhi 'ujub, sombong atau iri hati?

Pengalaman hidup manusia mungkin berbeza tapi selalunya moral of the story nya sama. Dunia ini berpusing, jangan pandang rendah pada orang lain. Hidup ini singkat, lebih baik memperbaiki diri dan mencari kesalahan orang lain.

2 comments:

  1. i like the idea. put ourselves in others' shoes to understand them. kadang2 kita ada tanggapan awal pada seseorang, tapi tanggapan tu tak semestinya betul dan perlu difikirkan semula untuk kali kedua dan seterusnya dengan menggunakan perasaan empati. Perasaan yang dihasilkan dari hati yang bersih dan pemikiran yang positive. Jujur dari hati dengan memikir batapa kalau kita yang ada ditempat orang lain tersebut. maka begitulah juga ingin kita fahami bagaimana keadaan orang tersebut. I want to learn this kind of traits. However as human, there always be a mistake. And i believe, positive thinking can led to empathy.

    ReplyDelete
  2. Pengalaman hidup dan siapa di sekeliling kita akan banyak mempengaruhi persepsi kita. Tapi kita kena tanam sikap berlapang dada dan berfikiran terbuka apabila berhadapan dengan perkara yang nampak asing pada kita.

    Bunyinya senang tapi sebenarnya nak melaksanakannya susah, tambah pula sentiasa akan ada bisikan syaitan untuk berprasangka. Sama2 kita usaha untuk mendidik hati :)

    ReplyDelete