"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." [Al-Qur'an 51:55]
Sunday, February 28, 2010
Berusaha dan terus berusaha
Bersabarlah dalam melakukan pekerjaan itu dan terus konsisten
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya"
-Surah Al-Imran: 200
Tidak berputus asa dan merasa bosan
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali kaum yang kafir"
-Surah Yusuf:12
Dengan keikhlasan moga beroleh kejayaan, dan beroleh pahala sabar
Wednesday, January 13, 2010
Menuju generasi Al Quran
Secara ringkasnya, generasi Al Quran telah melakarkan sejarah zaman kegemilangan Islam. Faktor yang menyumbang kepada kehebatan ini adalah:
- Al Quran dijadikan sebagai sumber rujukan utama
- Al Quran dipelajari untuk di laksanakan
- Memisahkan cara hidup Islam dengan Jahiliyah
Kita kini berada di ambang akhir zaman, dan walaupun dirasakan inilah zaman yang paling maju dengan teknologi, sebenarnya cara hidup manusia sudah kembali kepada cara hidup jahiliyah. Inilah masa yang paling sesuai untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Oleh itu, peranan kita:
- Kembali kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan
- Perbaiki sikap merujuk kepada ajaran Al Quran dan Sunnah Rasulullah. Pelajari, fahami dan laksanakan ajaran Al Quran.
- Bebaskan diri dari tekanan masyarakat, adat resam dan budaya jahiliyah
Monday, January 4, 2010
Berkurang setahun lagi.
Saya berdoa dan berharap 2010 adalah lebih baik dari tahun yang lepas. Semoga saya dapat mengambil iktibar dan pengajaran dan memperbaiki kelemahan diri. Semoga Allah terus memberikan limpah kurnia rahmat dan kasih sayangnya kepada saya. Semoga Allah sentiasa megasihi dan mengasihani saya. Semoga Allah ampuni dosa-dosa saya dan sentiasa membimbing hati saya ke arah kebaikan.
Umur semakin meningkat dengan tibanya tahun baru. Bermakna masa saya di dunia ini juga semakin pendek. Semoga saya sentiasa berubah ke arah kebaikan.
Wednesday, November 18, 2009
Duit Duit
Ada mengadu tak cukup duit, tapi berbelanja macam jutawan
Ada mengadu tak boleh menyimpan, tapi sebenarnya boros
Islam dengan tegas menegah seseorang membeli barang melebihi keperluan hidup atau berbelanja melebihi pendapatan. Apatah lagi jika berbelanja melampaui batas untuk tujuan bermegah-megah. Kadang-kadang berbelanja sampai tahap membazir ataupun barangan yang dibeli tak digunakan langsung.
Sikap membazir ini menggambarkan tingkah laku orang yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah dan ia merupakan amalan syaitan.
“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Al-Israk: 26 – 27)
Ada pula terlalu sayang duit, sampai jadi kedekut
“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya.” (Hadis riwayat Ibn Adiy)
“Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya; ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Jadinya sebagai kesimpulan, Islam menggalakkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dari semua aspek. Harta benda, wang ringgit bukan tujuan, tapi hanya sebagai alat. Jangan lupa keluarkan zakat kerana ia merupakan salah satu rukun Islam (bukan zakat fitrah saja yang wajib). Jangan lokek keluarkan sedekah, memberi makan dan menolong orang dalam kesusahan. Jangan mengharap balasan dalam setiap pertolongan. Dan janganlah berkira sangat dalam bab-bab duit muit ni. Dan janganlah pula mengungkit nanti jadi tak ikhlas dan timbul riak pula.
InsyaAllah dengan bersedekah dan berzakat, moga rezeki lebih berkat dan lebih murah. Sebagai penutup:
Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemah dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” (Hadis riwayat al-Ibn an-Najjar)
“Dan mereka yang apabila membelanjakan harta mereka tidak melampaui batas (tidak boros) dan tidak pula bakhil, tetapi (sebaliknya perbelanjaan mereka dalam keadaan betul dan sederhana antara kedua-dua cara (boros dan kedekut)” [Al-Furqan: 67]
Wednesday, November 11, 2009
Kita hanya musafir
Sihat atau sakit
Tua atau muda
Kaya atau miskin
kerana
kita hanya musafir yang didatangkan
hanya sementara menghunikan alam
dan pasti akan dijemput untuk pulang
Al fatihah untuk yang telah tiada, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman
Semoga yang ditinggalkan tabah dan sabar menghadapi kehilangan
Dan masa kita juga pasti akan tiba.. semoga Allah juga ampunkan dosa-dosa kita dan tempatkan kita dikalangan orang yang beriman.
"Ya Allah, kami memohon kepada Engkau keselamatan dalam agama, kesihatan badan, keberkatan rezeki, taubat sebelum ajal, kasih sayang saat ajal, keampunan setelah mati.
Ya Allah, mudahkanlah bagi kami saat menghadap sakaratul maut, keampunan ketika Hari Penghitungan, dan selamat dari api neraka.”
Monday, November 9, 2009
Go go chaiyok
Standing in the eye of the world
Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba
Saturday, October 31, 2009
Rahsia si Kung Fu Panda

Saya memang peminat kartun animasi. Baru-baru ini kami ke Warehouse, (Warehouse buat sale DVD), setelah membelek-belek deretan DVD jumpa Kung Fu Panda. Sudah lama teringin nak menonton animasi ini, tapi belum kesempatan menyewanya. Dengan harga DVD original NZD 6 memang murah!
Mulanya masa mula menonton saya tidak ada apa-apa expectation. Tetapi nyata ini bukan cerita kosong tapi ada moral of the story.
Kita sering mencari resipi kejayaan. Rahsia kejayaan yang kita cari itu sebenarnya umpama rencah rahsia (secret recipe) turun temurun si Kung Fu Panda:
"The secret ingredient of my secret ingredient soup is . . . nothing. There is no secret ingredient!"
Dan itulah yang diulang-ulang dan diajar… tiada rahsia, ia bergantung pada diri kita sendiri.
“..To make something special you just have to believe it's special.
“..There is no secret ingredient. It's just you.”
Hidup sebenar tidaklah semudah seperti dalam cerita. Perlu berusaha, jalan pasti berliku dan berduri, sesekali akan tersungkur dan terjatuh, tapi yang penting tidak putus asa. Kena terus berusaha. Dan perlu sentiasa percaya pada diri sendiri “InsyaAllah, aku boleh”
“THERE ARE NO SECRETS TO SUCCESS. IT IS THE RESULT OF PREPARATION, HARD WORK, AND LEARNING FROM FAILURE”
- Colin Powell