Wednesday, February 11, 2009

Ujian kesabaran

Dalam hidup ini sebenarnya, banyak perkara yang menuntut supaya kita bersabar. Cuma antara sedar atau tidak sahaja, sebenarnya kesabaran kita sedang diuji..


Secara umunya, dalam Islam, kita dituntut untuk bersabar dalam 4 perkara:

* dalam mengerjakan amal ibadat kepada Allah;

* dalam menghadapi cubaan, bala, kesusahan atau musibah;

* dalam menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* dalam memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.


Ujian kesabaran ini pula datang dalam pelbagai rupa dan bentuk.. Setiap orang sentiasa diuji sama ada kita ni sabar ke tidak menghadapi ujian itu.


Pernah seorang kawan berkata, lebih kurang gini le ayat dan maksudnya, “Setiap orang ni, dalam hidup dia akan datang satu ujian besar” Dan beliau ni konon-kononya belum lagi menghadapi ujian itu, dan risau apakah bentuk ujian yang akan di hadapinya, malah seolah ternanti2 pula.. Saya ni bukan lah bijak pandai dalam bab2 ini, tapi saya terfikir, bukankan setiap apa yang berlaku itu satu ujian.. bukan hanya musibah dan kesusahan saja yang menjadi ujian, malah kelapangan, kesenangan, kemudahan, kemewahan dan kebijaksanaan juga satu ujian, kerana mungkin kita tidak bersyukur, mungkin kita jadi riak dan ujub, mungkin kita jadi sombong dan angkuh....


Dalam kes rakan yang lain pula, merasakan bahawa “begitu banyak ujian yang dihadapinya, seperti tidak putus-putus”. Ujian merupakan tanda kasih sayang Allah pada kita kerana selalunya bila kita diuji, bila kita sakit, bila kita sedih, di saat itulah kita lebih dekat pada Allah kerana kita merayu-rayu bantuan dan pertolongannya. Dan ditakuti bila kita megeluh dengan ujian yang diberikan, kita 'terlepas pandang' nikmat dan rahmat yang Allah berikan. Bukankah di sebalik setiap kesusahan ada kesenangannya? (Al Insyirah:5-6)


Malangnya kita, kalau sudahlah tak ingat dengan Allah pada masa senang, masa susah pun sombong juga dengan Allah. Minta dijauhkan...


Walaupun begitu, ramai juga orang yang diuji dengan Allah, dengan ujian yang lebih berat, dan mungkin kita sendiri tak mampu hadapi, jika ia berlaku pada kita. Saya amat kagum dan sebaiknya dapat mengambil pengiktibaran di atas kesabaran dan keteguhan iman mereka ini.


Setiap ujian itu sebenarnya memberi persediaan emosi dan mental untuk ujian seterusnya.. kerana ia menjadikan kita lebih matang, kita juga menjadi manusia yang lebih peka, memahami, lebih bersimpati dan empati terhadap orang lain. Di saat susah juga, kita tahu siapa sebenarnya kawan sejati. Dan yang paling utama di saat ujian itu datang, kita lebih dekat dengan Allah, dan kita sedar kita tidak berseorangan kerana Allah ada bersama orang-orang yang sabar.


Kadangkala berhadapan dengan rakan-rakan (atau ahli keluarga) juga boleh menguji kesabaran terutama jika rakan itu tidak tahu atau tidak peduli hubungannya dengan rakan-rakan yang lain. Cakap main redah, tanpa memikirkan perasaan orang, mengumpat, tikam belakang atau cakap ikut sedap mulut, lepas tu suka pula menambah perisa untuk meyedapkan rasa dalam ceritanya. Sebaiknya jauhkan diri sahaja dengan orang sebegitu. Selagi tidak menjatuhkan maruah kita yang menuntut supaya kita membersihkan nama, lebih baik kita berdiam diri sahaja dari melayan orang-orang sebegini, supaya perangai itu tidak terpalit pada kita.


"Dan Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?" (Al Furqaan:20)

Thursday, January 29, 2009

Insan ghuraba'

Seorang wanita yang bekerja di salah sebuah hotel bertaraf lima bintang di Pulau Langkawi yang pengurusannya beribu pejabat di luar negara telah berhenti kerja disebabkan masalah isu pemakaian tudung

Syabas dah tahniah saya ucapkan kepada saudari, dan saya kagum dengan prinsip dan pendirian saudari. Kalau di negara luar memang biasa kita dengar, tapi amat sayu kerana berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. Lebih tercalar hati, bila yang menghina itu lahir sebagai Muslim. Tapi itulah hakikatnya, sedikit demi sedikit, agama kita di hina, di cabar dan di pijak-pijak.

Kita berada di ambang akhir zaman. Moga Allah sentiasa memelihara hati dan iman kita. Biarlah kita asing kerana menutup aurat, biarlah kita asing kerana tidak 'bercouple', biarlah kita asing kerana tidak pandai mengumpat, biarlah kita asing kerana menunaikan solat..

Biarlah kita asing kerana masih berpegang pada Islam. Walaupun sedikit, kita cubalah menjadi asing..

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Saturday, January 3, 2009

Salam tahun baru

Wah.. Dah setahun tak mengupdate blog..

Kalau blog ni rumah, dah bersawang di dalamnya, dah penuh lalang halamannya..

Beginilah nasib blog ku ini.. hidup segan mati tak mau.. selalu berangan-angan nak masukkan entry terkini, tapi dok bertangguh sampai dah basi.. apa la yang sibuk sangat ni?.. Sibuk ke, buat-buat sibuk ke, menyibuk??.. Isk.. isk.. Sibuk rasaya.. Minta dijauhkan yang lagi dua tu..

Sempena tahun baru 1429 (yang sudah 6 hari berlalu) dan 2009 (yang sudah masuk hari ketiga), sama-samalah kita berdoa agar hari-hari yang mendatang lebih baik dari yang lepas.

Tahun baru ini menyaksikan serangan bertalu-talu rejim Israel terhadap bumi dan rakyat Palestin. Bukan sesuatu yang baru, tapi tidak tahulah sampai bila akan berakhir. Walaupun Palestin yang diserang, Palestin dan umat Islam masih dianggap terrorist, extremist.. dan segala macam label yang ingin menonjolkan umat Islam ini sebagai pengganas. Punyalah buruk, bias, paranoid dan prejudisnya orang-orang ni, sampaikan diaorg ni ingat semua umat Islam ada potensi jadi terrorist. Ingat kalau Muslim naik kapal terbang je, ingat nak letupkan, hijack ke.. please lah!

Orang-orang ni are simply afraid of something they don’t know and don’t even try to understand. What do they mean by traditional Muslim attire? I am sure what they mean is traditional Arab men attire.. and as for headscarves.. what the fuss?.. It is simply a piece of cloth to cover your hair.. and don’t simply assume that those who wears head scarves is oppressed or backward. And those who wears these so called 'traditional Muslim attire' does not mean they are fundamentalist or extremist ye...

For those snobbish people, ‘you are not so open minded as you think you are, because you are still prejudice and ignorant’.


Colors of the wind

You think I'm an ignorant savage
And you've been so many places
I guess it must be so
But still I cannot see
If the savage one is me
How can there be so much that you don't know?
You don't know ...

You think you own whatever land you land on
The Earth is just a dead thing you can claim
But I know every rock and tree and creature
Has a life, has a spirit, has a name

You think the only people who are people
Are the people who look and think like you
But if you walk the footsteps of a stranger
You'll learn things you never knew you never knew

Have you ever heard the wolf cry to the blue corn moon
Or asked the grinning bobcat why he grinned?
Can you sing with all the voices of the mountains?
Can you paint with all the colors of the wind?
Can you paint with all the colors of the wind?

Come run the hidden pine trails of the forest
Come taste the sunsweet berries of the Earth
Come roll in all the riches all around you
And for once, never wonder what they're worth

The rainstorm and the river are my brothers
The heron and the otter are my friends
And we are all connected to each other
In a circle, in a hoop that never ends

How high will the sycamore grow?
If you cut it down, then you'll never know
And you'll never hear the wolf cry to the blue corn moon

For whether we are white or copper skinned
We need to sing with all the voices of the mountains
We need to paint with all the colors of the wind

You can own the Earth and still
All you'll own is Earth until
You can paint with all the colors of the wind

Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan

Alahai.. tanah air tumpah darahku..
Can it be more ridiculous?

Shah Rukh Khan diberi gelaran Datuk oleh YDP Negeri Melaka.. huiyoo!!

Isk.. isk.. kesiannya.. Dah tak ada orang lain yang layak dan berhak agaknya? Suka sangat memuja dan memuji orang luar..
Dah susut nilai agaknya gelaran Datuk di Malaysia ni yer.

Wednesday, January 10, 2007

My first entry

Just come back from Malaysia few weeks ago. Of course there are heaps of things to do, but I also have found new ways to procrastinate (very bad habit!). Actually pindah dari Yahoo 360 je.. dah lama pandai procrastinate ni.. :(

So, here I am, blogging. Writing and sharing (with those who care) about my life, my thoughts, my feelings, my happiness, my sorrow, my passions and my apa-apa lah labu.. :